Friday, 23 December 2011

cinta romantis

budaya barat memberi nilai yang amat tinggi kepada tingkah laku yang di istilahkan sebagai "CINTA ROMANTIS" maka itulah sebabnya kita dapat melihat orang-orang barat bersikap amat romantis dengan pasangan mereka. tetapi bukan semua budaya kenal tingkah laku cinta romantis.dalam banyak budaya lain,anggota-anggotanya tidak kenal pun kepada tingkah laku itu. budaya melayu antara banyak budaya yang pada asalnya tidak kenal tingkah laku yang di sebut cinta romantis. itulah sebabnya bahasa melayu tidak mempunyai perkataanyang sama maknanya dengan 'romance' dan 'romantic' sehinggalah kedua-duanya dipinjamkan ke dalam perbendaharaan bahasa melayu. budaya barat memberi nilai amat tinggi kepada tingkah laku cinta romantis. dalam budaya itu keupayaan seseorang memberikan 'romance' sangat mempengaruhi kejayaan mereka dalam aktiviti pikat-memikat. budaya melayu hanya mula kenal tingkah laku cinta romantis dengan kedatangan pengaruh budaya barat ke alam melayu. di barat, nilai cinta romantis sudah menghasilkan pelbagai industri bagi membantu pelanggan mereka menjadi orang-orang yang pandai menyatakanemosi cintamereka secara romantis.banyak produk dan perkhidmatan dicipta semata-mata untuk dijual kepada mereka yang perlu memberikan cinta romantis kepada pasangan mereka. amalan meraikan hari valentine adalah salah satu hasil pengkomersialkan tingkah laku cinta romantis. kini sudah ada produk-produk cinta romantis yang dicipta berdasarkan budaya tempatan sebagai contoh,pada masa ini babyak hotel-hotel yang dikendalikan sendiri oleh pengurus-pengurus melayu sudah menyediakan kamar-kamar yang dihiasi seperti kamar pengatin melayu di hotel-hotel mereka.mereka mempromosikan kamar-kamar untuk disewa oleh pengantin-pengantin melayu yang sudah terikut-ikut dengan gaya pengatin barat berbulan madu di hotel.

No comments:

Post a Comment