Saturday 5 January 2013

nama-nama syaitan

kenapa ISLAM mengajar kita doa dan budaya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.. nama syaitan2 tu adalah: Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. ketika hendak masuk rumah atau pejabat berilah salam, membaca Bismillah sebanyak 3 kali dan Doa..

No comments:

Post a Comment